Pendaftaran Akaun Hosting

Kami menawarkan plan hosting percuma ini dengan harapan ianya digunakan secara berhemah, berfaedah dan untuk tujuan pembinaan laman web semata-mata.

Sekiranya kami mendapati pada bila-bila masa akaun anda di pergunakan untuk sebarang tujuan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada pihak kami ataupun ahli-ahli yang lain, akaun anda boleh digantung ataupun ditutup.

Akaun hosting ini tidak boleh digunakan untuk tujuan-tujuan berikut:

  1. Sebarang aktiviti IRC seperti bot IRC, server IRC(IRC daemon) dan sebagainya.
  2. Sebarang aktiviti proksi.
  3. Sebagai tempat penyimpanan fail-fail anda(menjadikan akaun hosting sebagai backup).
  4. Sebarang aktiviti leeching files.
  5. Sebarang aktiviti, penyimpanan, penyiaran dan penyebaran warez atau perisian cetak rompak.
  6. Sebarang aktiviti, penyimpanan, penyiaran dan penyebaran barang-barang yang mempunyai hak milik berdaftar.
  7. Sebarang aktiviti, penyimpanan, penyiaran dan penyebaran barang-barang media seperti mp3, avi dan sebagainya.
  8. Sebarang aktiviti media streaming.
  9. Sebarang aktiviti, penyimpanan, penyiaran dan penyebaran artikel berunsur fitnah, politik, keagamaan dan sebagainya yang boleh mengugat ketenteraman awam.
  10. Sebarang aktiviti email secara pukal atau banyak(massmailing).
  11. Sebarang aktiviti, penyimpanan, penyiaran dan penyebaran artikel berunsur scam, ponzi, hyip, phishing dan yang seumpamanya.
  12. Sebarang aktiviti, penyimpanan, penyiaran dan penyebaran media berunsur lucah atau porno.
  13. Sebarang aktiviti, penyimpanan, penyiaran dan penyebaran virus, trojan, worms dan yang seumpamanya.
  14. Sebarang aktiviti pengodaman sama ada kepada pihak luar atau pengguna zonIRC Hosting.

Selain itu, anda juga perlu memastikan akaun anda aktif sekurang-kurangnya seminggu sekali. Jika anda gagal untuk sentiasa aktif, akaun anda berkemungkinan akan di gantung atau ditutup terus.

Untuk mengetahui lebih lanjut , sila layari halaman terma dan syarat kami.

Daftar Akaun Hosting