Pelan Hosting

Ciri-ciri Asas Info zonPERCUMA
Ruang Storan
Merupakan saiz ruang storan akaun laman web anda, di mana di sinilah anda akan menempatkan segala fail-fail dan data-data berkaitan laman web anda seperti gambar, html dan sebagainya.
500MB
Bandwidth
Merupakan unit ukuran bagi data transfer, sama ada memuatnaik atau memindahturun data. Sebagai contoh jika pelawat melayari laman web anda, saiz data yang dipindahturun ke komputer pelawat terbabit akan ditambahkan ke dalam jumlah bandwidth bulanan anda.
5GB
Iklan
Kami tidak meletakkan sebarang jenis iklan ke dalam laman web anda, jadi anda bebas untuk meletakkan sebarang iklan sama ada daripada Adsense, Nuffnang, Innity dan sebagainya.
Percuma Sub Domain
Kami memberikan sub domain percuma(namaanda.zonirc.info) untuk digunakan oleh anda bersama-sama dengan akaun hosting ini.
Caj Setup
Akaun hosting akan disetup secara automatik, oleh itu tiada sebarang caj yang dikenakan.
Harga RM0.00(PERCUMA)
Ciri-ciri Domain Daftar Sekarang
Domain
Domain yang dibenarkan bagi setiap akaun, di mana anda boleh menambahnya melalui akaun CPanel anda.
TIADA HAD
Sub Domain
Merupakan sub domain bagi setiap domain yang ditetapkan didalam akaun anda. Begitupun hanya domain yang dimiliki oleh anda dan bukannya yang diberikan secara percuma oleh pihak kami yang dibenarkan untuk menggunakan sub domain.
TIADA HAD
Forward/Park Domain
Bertujuan untuk menghalakan sebarang pelawat atau trafik pada domain tersebut ke satu alamat atau domain aktif yang lain.
Domain Sendiri
Penggunaan domain yang dimiliki oleh anda dibenarkan, sekaligus membolehkan laman web anda mempunyai alamat atau domain seperti namaanda.com
Ciri-ciri EMail Daftar Sekarang
Alamat Email
Jumlah maksimum alamat email yang boleh di buat bagi domain anda sebagai contoh admin@domainanda.com, namaanda@domainanda.com dan sebagainya.
TIADA HAD
POP3/SMTP
Membolehkan anda menggunakan email client seperti Microsoft Outlook, Eudora, Thunderbird dan sebagainya untuk mengakses, membaca dan menghantar email.
Email Forwarder
Menghalakan sebarang email yang diterima kepada satu alamat email yang lain.
Auto Responder
Sistem automatik untuk membalas sebarang email yang diterima oleh anda.
Catch-All Email
Sistem email yang menerima kesemua email yang dihantar kepada alamat email yang tidak wujud dan ianya akan dimajukan ke inbox email utama anda.
Mailing List
Merupakan satu sistem yang membolehkan anda menyimpan alamat email secara pukal dan menghantar sebarang informasi seperti berita terkini, promosi dan sebagainya juga secara pukal atau banyak tanpa mendedahkan alamat email pihak lain.
SPAM Assassin
Merupakan satu sistem untuk menapis email spam atau sampah(junk) berpandukan pada beberapa peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Spam Assassin.
Email Filter
Merupakan satu sistem untuk menapis email spam atau sampah(junk) berpandukan pada peraturan yang ditetapkan oleh anda melalui akaun CPanel.
Email berasaskan Web
Anda boleh mengakses, membaca dan menghantar email melalui laman web. Oleh itu, anda tidak memerlukan sebarang perisian di install di komputer anda dan sekaligus membolehkan anda menggunakan akaun email anda di mana sahaja. Terdapat dua pilihan untuk anda gunakan iaitu Horder dan SquirellMail.
Ciri-ciri Pengurusan Fail Daftar Sekarang
Akaun FTP
Membolehkan anda memuatnaik atau/dan memindahturun data, fail atau gambar ke akaun hosting dengan menggunakan FTP Client seperti FileZilla, CuteFtp dan sebagainya.
1 Akaun
Pengurusan Fail Berasaskan Web
Membolehkan anda memuatnaik atau/dan memindahturun data, fail atau gambar ke akaun hosting melalui akaun CPanel anda. Oleh itu anda tidak perlu menginstall sebarang jenis FTP Client ke komputer anda.
Perlindungan Direktori
Untuk menghadkan akses atau capaian ke sebarang halaman laman web anda. Di mana pelawat perlu mengesahkan diri dengan memberikan nama pengguna dan kata laluan seperti yang telah ditetapkan oleh anda.
Log dan Statistik
Merekodkan statistik dan sebarang ralat laman web anda seperti jumlah pelawat, lokasi mereka, jenis browser dan sebagainya.
.htaccess
Penggunaan fail .htaccess di sokong dan membolehkan anda menetapkan pelbagai konfigurasi bagi server seperti menetapkan custom error pages, menghalakan pelawat ke alamat url yang baru dan sebagainya.
Ciri-ciri Lain Daftar Sekarang
Pangkalan Data MySQL
Kebanyakan skrip atau aplikasi web seperti WordPress, Joomla, Drupal, PhpBB dan sebagainya memerlukan pangkalan data untuk menyimpan pelbagai data berkaitan. Oleh itu, kami tidak menghadkannya bagi memberikan anda peluang untuk mencuba pelbagai skrip, aplikasi web, CMS dan blog terbabit.
TANPA HAD
PHP 5
1 Click Installer
Membolehkan anda menginstall dengan mudah lebih daripada 100 skrip atau aplikasi web berasaskan PHP dan Java script melalui penggunaan Softaculous.
Softaculous
Manual Backup Script
Kami menyediakan skrip NLHBackup yang membolehkan anda melakukan proses backup secara manual dengan hanya 1 klik sahaja. Proses restore juga boleh dilakukan dengan menggunakan NLHBackup ini.