Anda sedang melayari halaman: Laman Utama » Faq
Soalan Lazim
- Bagaimana untuk memohon hosting percuma?
- Anda boleh memohon akaun hosting percuma dengan mengisikan borang ini.
- Bolehkah saya memohon hosting percuma tanpa mempunyai domain sendiri?
- Ya, anda boleh memohon hosting percuma kami kerana setiap akaun hosting dibekalkan dengan subdomain percuma.
- Bolehkah saya menggunakan hosting percuma ini dengan domain saya sendiri?
- Anda boleh menggunakan domain anda sendiri dengan melog masuk ke akaun CPanel dan menambah domain melalui addon domain.
- Sampai bilakah saya boleh menikmati hosting percuma ini?
- Selagi pihak zonIRC hosting wujud maka selagi itulah anda berpeluang untuk menikmati akaun hosting percuma kami.
- Adakah sebarang iklan yang akan diletakan pada laman web saya?
- Tidak, kami tidak akan meletakkan sebarang iklan pada laman web anda. Begitupun kami amat mengalu-alukan jika anda ingin meletakkan banner zonIRC hosting di laman web anda.
- Bolehkah saya meletakkan sebarang jenis pengiklanan seperti Google Adsense, Nuffnang dan lain-lain?
- Anda bebas untuk menentukan jenis pengiklanan yang akan diletakkan pada laman web anda dengan syarat ianya tidak melanggar sebarang peraturan.
- Dimanakah server zonIRC terletak?
- Server kami terletak di Pennsylvania, Amerika Syarikat.

