Bina laman web tanpa sebarang MODAL!
Ingin memiliki sebuah laman web tetapi faktor kos menjadi penghalang?
Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana zonIRC hosting menawarkan anda plan hosting percuma dan tanpa sebarang iklan!
Di zonIRC hosting, anda bebas untuk membina laman web sama ada berbentuk peribadi, berkenaan persatuan atau organisasi, reunion sekolah atau kolej mahupun laman web perniagaan.
Bukan itu sahaja kami juga menawarkan panel kawalan cPanel untuk anda gunakan bagi menguruskan laman web. Anda boleh menginstall pelbagai aplikasi atau skrip percuma(opensource) seperti WordPress, Joomla, Drupal, PhpBB, SMF, PhpCoin, osCommerce dan sebagainya. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan Softaculous- 1 klik installer yang semakin popular dan digemari ramai.
Plan hosting percuma kami juga membenarkan anda menghostkan seberapa banyak domain dengan hanya menggunakan satu akaun. Malahan tiada had yang dikenakan bagi alamat email dan pangkalan data MySQL.
Panel Kawalan cPanel
Berbeza dengan kebanyakan penyedia hosting percuma yang lain, kami menawarkan anda panel kawalan popular dewasa ini iaitu cPanel. Untuk pengetahuan anda, cPanel adalah merupakan satu panel kawalan yang amat mesra pengguna dan boleh dikatakan agak lengkap dengan pelbagai fungsi untuk menguruskan laman web anda. Walaupun ianya merupakan satu applikasi berbayar(sila lihat harga lesen cPanel ini), kami menyediakannya untuk anda secara PERCUMA!
Anda pasti tertanya-tanya mengapakah ianya disediakan secara percuma? Jawapannya adalah kami amat menghargai anda sebagai pengguna kami dan kerana itulah ianya disediakan secara percuma. Malahan cPanel juga amat mudah dipelajari, maka itu kami berpendapat adalah lebih baik menggunakan applikasi ini bagi kemudahan para pengguna kami.
Anda tidak perlu risau sekiranya tidak pernah menggunakan cPanel sebelum ini kerana di zonIRC Hosting, kami menyediakan pelbagai panduan berkaitan cPanel dan ini semua di olah dalam Bahasa Melayu. Malahan ianya di tulis sebagai satu panduan mudah dengan langkah demi langkah. Tidak perlu lagi anda membazirkan masa untuk mencari panduan atau tutorial di laman web lain, terus layari halaman panduan cPanel kami dan mulakan langkah pertama anda untuk memahirkan diri dengan penggunaan cPanel.
Softaculous - 1 Klik Installer
Melalui akaun cPanel anda juga, kami juga menyediakan Softaculous iaitu 1 Klik Installer bagi skrip-skrip percuma(open source). Anda tidak perlu lagi memeningkan kepala untuk membaca serta memahami langkah-langkah untuk menggunakan skrip-skrip terbabit di laman web anda. Hanya dengan 1 klik sahaja segalanya di installkan untuk anda. Mudah bukan begitu?
Terdapat lebih daripada 100 skrip percuma yang tersedia dengan Softaculous dan malahan anda tidak perlu bersusah payah untuk mengemaskini skrip-skrip terbabit dengan versi terbaru oleh penulis atau pengeluar skrip terbabit kerana segalanya dilakukan secara automatik oleh pihak Softaculous sendiri.
Masih tidak pasti? Sila lihat halaman senarai applikasi disediakan oleh Softaculous ini dan anda pastinya teruja dengan segala macam pilihan yang ada!

